Search here without leaving this page

Custom Search

Untuk sebarang Pertanyaan/Perbincangan/Pesanan, sila emailkan ke

greenlegacy05@yahoo.com

Live World Sunlight Map - Peta Sinaran Matahari (Satelite View)

Friday, May 9, 2008

JENIS-JENIS BAJA HIDROPONIK / TYPE OF HYDROPONIC NUTRIENT SOLUTION

Bekalan zat sebagai baja untuk tanaman Hidroponik (termasuk Fertigasi & Aeroponik) boleh didapati dalam beberapa bentuk:
  1. Larutan pati/stok baja yang sudah dibancuh - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air untuk aplikasi pada setiap tanaman. Untuk hidroponik, ia akan didapati dalam 2 bekas berasingan iaitu formula A & Formula B yang bila dicampurkan, mengandungi kesemua elemen-elemen asas zat untuk keperluan tanaman
  2. Serbuk pati baja yang telah dicampur - Ia kemudiannya akan dilarutkan ke dalam air. Kebanyakannya dalam nisbah sukatan campuran 1 sudu teh untuk setiap gelen air. Kebanyakan pengusaha Hidroponik/Fertigasi yang berskala besar serta bagi tujuan komersil, akan membeli kompaun-kompaun zat asas ini secara berasingan dan menyukat serta membancuh sendiri bekalan baja mereka. Ini adalah bertujuan semata-mata untuk mengurangkan kos operasi. Bagi mereka yang menanam tanaman hidroponik secara kecil-kecilan atau untuk hobi, kaedah ini tidak praktikal. Untuk mengetahui formula & nisbah campuran zat2 asas untuk tanaman hidroponik, sila lawati post saya (bulan Oktober 2007) iaitu Di Mana Hendak Mendapat Bekalan Baja Hidroponik/Fertigasi serta post tentang Keperluan Asas Hidroponik/Fertigasi - Baja Hidroponik untuk maklumat asas prinsip baja hidroponik.
Pembahagian Zat-zat Asas Hidroponik:
  1. Makroelemen (atau zat makro iaitu N, P & K untuk tumbesaran pokok) - Selalunya dibeli dalam beg atau bekas 50 lb. Ia dipanggil gred Hortikultur dan ianya perlulah dalam bentuk mudah larut.
  2. Mikroelemen - Ia hanya diperlukan dalam jumlah yang sangat sedikit. Ia boleh didapati dalam bentuk serbuk yang sudah digaul mengikut nisbah bagi keperluan tanaman hidroponik atau boleh dibeli dalam komponen berasingan - Sekurang-kurangnya gred hortikultur dan mestilah dalam bentuk mudah larut.
PERHATIAN: Perhatikan bahawa campuran baja diasingkan kepada 2 bahagian iaitu 'A' & 'B'..
Alasannya .. Selalunya, kompaun baja yang mengandungi zat Kalsium diasingkan daripada kompaun Sulfat & Fosfat. Mengapa? Dalam kepekatan yang tinggi, Kalsium akan bergabung dengan Sulfat & Fosfat dan menghasilkan butiran-butiran yang tidak boleh larut.
Oleh itu, larutan baja hidroponik lazimnya dibahagikan kepada 3 bekas berasingan;
  1. Tangki untuk zat yang mengandungi Kalsium & Zat Besi (Iron) - Warnanya akan menjadi kemerahan.
  2. Tangki zat yang mengandungi kesemua zat Makro & Mikro (selain Kalsium/zat Besi)
  3. Tangki Asid - Ianya diasingkan untuk persediaan sekiranya perlu mengubah pH larutan baja jika pHnya didapati terlalu tinggi.
___________________________________________________________________
*Mineral nutrients are available in several forms:
  1. Pre-mixed liquid concentrates that are then diluted with water.“A” and “B” formulas that when mixed have all essential elements.
  2. Pre-mixed powder concentrates that are then diluted with water.Many are a teaspoon per gallon mixes – fairly simple. NOTE: DO NOT USE Miracle Gro – This is meant for soil culture and does not have all the essential elements for hydroponic use. Many commercial growers buy the individual compounds and mix the nutrient solution themselves. See my Oct 2007 post - Where to get Fertigation/Hydroponic fertilizer for a list of the compounds required (other compounds can be substituted) and the other post - Basic Needs For Fertigation 4, Hydroponic Fertilizer for the basic principal on this topic
Typer Of Hydroponic's Basic Nutrient Elements :
  • Macroelements (or macronutrients) are usually purchased in 50 lb bags. These are called horticulture grade.These need to be in a soluble form.
  • Microelements (needed in much smaller amounts) can be purchased as 1) Pre-mixed powders: specific for hydroponics. 2) Individual compounds: at least horticultural grade, but can be technical or reagent grade and need to be soluble.
.

PRECAUTIONS: Note above the “A” and “B” formulas…
There is a reason…
Usually, the calcium containing compounds are kept separate from the phosphate and sulfate compounds. Why? In high concentration the calcium will combine with the phosphates and sulfates to form insoluble precipitates.
THEREFORE:
A typical nutrient solution will be divided into 3 tanks:
Calcium/iron tank (iron gives it a reddish color)
Macro/Micro tank (all other macro and micro elements)
Acid tank (kept separate so pH can be adjusted individually).


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

No comments:

Drip Irrigation System of Precision Farming in the US modern farm

This method shows the system of the modern farming concept in which we used to call FERTIGATION (Fertilization and Irrigation) or Drip Irrigation whereby the hidroponic fertilizer (in the form of liquid and pre-determined concentration using the calibrated E.C meter) is transported through a P.E and Poly piping and end at the microtube dripper to individual unit of plant. By using this method, each plan is getting the same and consistent amount and also the same concentration of fertilizer and thus, optimise the fruitings

Perusahaan Hidroponik sayur Selada (Lettuce) skala besar di USA

Perusahaan Hidroponik penanaman sayur Selada berskala besar ini dirakam dari dokumentari di Discovery Channel