Search here without leaving this page

Custom Search

Untuk sebarang Pertanyaan/Perbincangan/Pesanan, sila emailkan ke

greenlegacy05@yahoo.com

Live World Sunlight Map - Peta Sinaran Matahari (Satelite View)

Sunday, May 25, 2008

Amalan Penanaman Umum - Pemilihan Tanaman Dan Kepelbagaian Jenis Tanaman

Amalan penanaman umum merujuk kepada informasi, teknik & kemahiran yang diperlukan untuk memberikan kejayaan kepada penanaman & mengoptimakan hasil keuntungan - matlamat utama kepada semua para petani
Post kali ini akan menumpukan kepada tanaman Tomato jika dibandingkan dengan tanaman lain untuk menggambarkan kepelbagaian di dalam amalan pernanaman di antara jenis tanaman:
1) Tanaman Dan Pemilihan Kepelbagaian Tanaman - Ini adalah keputusan yang paling penting untuk setiap pengusaha dan ianya bergantung kepada 3 perkara iaitu Pasaran, Lokasi & Pengalaman
  • Pasaran: 1) Kajian Persekitaran - Ketahui jika ada petani/pengusaha lain di kawasan tersebut - persaingan. Jika telah ada ramai pengusaha Tomato, cubalah Timun atan Lada benggala. 2) Ketahui pasaran, lokasi peraih, kedai runcit, kedai serbaguna, pasar-pasar peladang, restoran dan lain-lain. 3) Hidroponik/Fertigasi atau penanaman rumah hijau adalah mahal. Oleh itu, tanaman yang memberikan nilai margin keuntungan yang tinggi perlulah dipilih. Ini termasuklah tanaman Tomato, Lada benggala, Timun, Sayur Selada, Melon Wangi dan pelbagai jenis tanaman herba bernilai tinggi serta tanaman yang mempunyai nilai perubatan
  • Lokasi: Dari segi ketinggian dari aras laut dan kesesuaian tanaman, suhu, angin, kadar kecerahan cahaya matahari untuk fotosintesis, topografi kawasan, cuaca, habitat serangga (perosak/pemangsa) dan sebagainya. Sila rujuk kepada post 12 Perkara yang Perlu Diambilkira Sebelum Memilih Kawasan/Lokasi Rumah Lindungan (Greenhouse)
  • Pengalaman: Jika pengusaha mempunyai pengalaman pada sesuatu tanaman tertentu,..tetaplah pada tanaman tersebut. Jika tidak, dapatkan nasihat dari sesiapa sahaja yang berpengalaman dan sudah berjaya atau dapatkan khidmat pakar.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

No comments:

Drip Irrigation System of Precision Farming in the US modern farm

This method shows the system of the modern farming concept in which we used to call FERTIGATION (Fertilization and Irrigation) or Drip Irrigation whereby the hidroponic fertilizer (in the form of liquid and pre-determined concentration using the calibrated E.C meter) is transported through a P.E and Poly piping and end at the microtube dripper to individual unit of plant. By using this method, each plan is getting the same and consistent amount and also the same concentration of fertilizer and thus, optimise the fruitings

Perusahaan Hidroponik sayur Selada (Lettuce) skala besar di USA

Perusahaan Hidroponik penanaman sayur Selada berskala besar ini dirakam dari dokumentari di Discovery Channel