Post kali ini ditujukan khas buat kawan baik saya, Hafiz (dan adik-adiknya) dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang sekarang ini sedang 'kemaruk' nak mengusahakan tanaman cili secara fertigasi di kampungnya tetapi bercadang hendak memulakan dengan sebuah model kecil dulu (dalam saiz rumah lindungan 6' X 8' dengan menggunakan atap arcylic atau polycarbornat). Mungkin yang dia maksudkan seperti gambar di atas tetapi saiz yang dia cadangkan terlalu kecil. Dengan saiz 6'X8' hanya boleh menempatkan 8 pokok sahaja, itupun akan menjad
i sukar untuk lalu lalang terutama jika enclosed dengan netting. Net yang hendak dipasang mestilah dari jenis greenhouse Vege Net dgn lubang bersaiz 32 mesh dan berwarna putih seperti ini ------->

Saiz 32 mesh adalah saiz rongga yang paling kecil untuk jaring kalis serangga.
Ini adalah mustahak kerana serangga yang harus dielakkan bagi pengusaha cili adalah bersaiz kecil terutamanya whitefly (lalat putih) yang saiznya 3 kali lebih kecil dari nyamuk dewasa. Kos untuk vege net berjejaring 30' (8X6X8X6) adalah dalam RM100+ sahaja.
Tetapi di sini, saya nak mencadangkan pada Hafiz, tak perlu bina model yang terlalu kukuh dan guna kos yang tinggi (terutama untuk atap arcylic yang mana 3 keping dah mencecah RM120). Saya ingin mencadangkan agar membina model rumah lindungan yang dipanggil 'lean-to greenhouse' (seperti pada gambar) yang mana struktur rangkanya dibina bersambung dengan dinding rumah (dengan syarat ia mendapat sinaran matahari terutama pada waktu fotosintesis iaitu dari pukul 9.30 ke 11am). Struktur rangkanya boleh dibuat dari paip PVC yang disambung-sambung menyerupai struktur rumah (oh ya, sebelum itu, masukkan pasir atau rangka besi ke dalamnya dan padatkan-supaya ia tahan lama & tidak melengkung kerana faktor suhu & cuaca). Kos penggunaan net/jaring kalis serangga juga adalah kurang dari struktur yang berdi
ri sendiri (single built). Plastik greenhouse film boleh digunakan sebagai penutup atap menggantikan kepingan arcylic yang mahal. Guna bahan PVC sebagai struktur rangka jauh lebih murah dari menggunakan kayu dan dengan itu, kos keselur
uhan dapat dijimatkan. PVC bersaiz tebal dan berdiameter 15" ha
nyalah berharga RM0.70/kaki atau mungkin lebih murah. Joint/penyambung 'L' & 'T' hanyalah dalam 60sen ke 70sen seunit. Gambar2 berikut saya sediakan sebagai contoh rujukan model rumah lindungan yang boleh difikirkan. Amacam Hafiz, ok tak?





Strukt
ur2 rangka PVC
Tetapi di sini, saya nak mencadangkan pada Hafiz, tak perlu bina model yang terlalu kukuh dan guna kos yang tinggi (terutama untuk atap arcylic yang mana 3 keping dah mencecah RM120). Saya ingin mencadangkan agar membina model rumah lindungan yang dipanggil 'lean-to greenhouse' (seperti pada gambar) yang mana struktur rangkanya dibina bersambung dengan dinding rumah (dengan syarat ia mendapat sinaran matahari terutama pada waktu fotosintesis iaitu dari pukul 9.30 ke 11am). Struktur rangkanya boleh dibuat dari paip PVC yang disambung-sambung menyerupai struktur rumah (oh ya, sebelum itu, masukkan pasir atau rangka besi ke dalamnya dan padatkan-supaya ia tahan lama & tidak melengkung kerana faktor suhu & cuaca). Kos penggunaan net/jaring kalis serangga juga adalah kurang dari struktur yang berdi











Seperkara lagi, saya tidak bersetuju dengan cadangannya untuk membuat siraman manual kerana sangat tidak praktikal serta membazirkan baja. Mungkin dia bernggapan bahawa dengan melakukan siraman manual dapat menjimatkan kos lagi. pada hakikatnya tidak begitu. Saya cadangkan agar dia menggunakan set up pengairan titis asas fertigasi yang secara totalnya sangat murah (untuk set kecil sebagai model). Mari kita estimate nilai keseluruhan kos untuk set pengairan automatik 8 point pokok cili tersebut:
- Timer digital (lihat gambar) : RM32
- Set Penitis/microtube/nipple : RM12 (RM1.50/set)
- Pam akuarium (20w) submisable : RM25
- 1 tong bekas baja :RM8 (tong sampah hitam yang saya beli di hypermarket)

Untuk jumlah yang sangat sedikit, sebagai model, saya cadangkan menggunakan kaedah
semaian anak benih cili menggunakan kapas atau kertas tisu lembut sahaja seperti gambar di sebelah.
Apabila telah mula keluar dua daun primer, bolehlah dipindahkan ke bekas berisi media (jika tiada dulang semaian, boleh juga guna bekas telur-langsung tak melibatkan kos)

Apabila telah mula keluar dua daun primer, bolehlah dipindahkan ke bekas berisi media (jika tiada dulang semaian, boleh juga guna bekas telur-langsung tak melibatkan kos)
Constructing A Model Greenhouse Video (Fast Forward)
3 comments:
Maaf.. tapi saya ingin bertanya. Di mana boleh saya dapat/beli barang2 yang telah dinyatakan. Terima kasih
Salam fertigasi,
Tahniah di atas usaha yang dilakukan. Moga kita sama-sama dapat berkongsi info fertigasi.
Pengusaha fertigasi,
http://cilipadif1.blogspot.com/
kami ada stock coco peat .
harga ialh. RM6 untok 5kg block.
discount boleh d beri kloe order libeh dari 2000 block.
call. 0123795729
Chandra R
marketing@seribubio.com
Post a Comment