Foto-foto berikut menunjukkan krew-krew Agrotek membuat rakaman penanaman Cili gergasi Kulai Susu yang kami usahakan secara fertigasi untuk rancangan Agrotek di RTM1 pada bulan Julai 2006 & Rancancan Bumi Kita pada awal tahun 2007 di kebun kami yang terletak di Parit Ramunia, Pontian, Johor. Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian daerah Pontian dan pegawai MARDI juga hadir sama pada sessi rakaman tersebut. Kami memang mendapat banyak tunjuk ajar yang sangat berharga dari kedua-dua institusi tersebut. Kami disuruh 'berlakon' seolah-olah sedang berkebun, meracun, membancuh baja fertigasi dan membuat 'harvesting'. Hos Agrotek itu juga sama-sama memetik buah cili yang sudah masak. Kulai Susu adalah sejenis veriety cili hybrid yang unik. Ia boleh mencapai saiz antara 20cm hingga 25cm apabila matang. Namun begitu, rasanya lebih pedas dari cili merah yang biasa. Pada mulanya agak sukar untuk kami menembusi pasaran tempatan kerana mereka kurang biasa dengan saiz cili sebesar itu. Tetapi ramai juga yang berminat mencubanya. Sekiranya anda ingin mendapatkan benihnya, email saya di fitrieddie@yahoo.com.sg. Semasa dapat surat dari penerbit Agrotek meminta kebenaran untuk membuat rakaman di kebun kami memang excited dan rasa bangga juga. Ma
klumlah, tak pernah masuk
TV lah katakan. (maaf, gambar sedikit kabur)




No comments:
Post a Comment